Thursday 17 September 2015

KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian terhadap latar belakang Kota A'Famosa, kami mendapati bahawa Kota A'Famosa mempunyai sejarah yang begitu menarik sekali. Sewaktu menjalankan kajian ini, kami telah mempelajari banyak ilmu tentang Kota A'Famosa. Dengan peninggalan Kota A'Famosa ini membuktikan bahawa Melaka pernah di jajah oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British. Kota A'Famosa dimusnahkan oleh pihak Inggeris pada 10 Ogos 1807. Kini, Kota A'Famosa telah menjadi pusat pelancongan dan dapat menggalakkan generasi sekarang untuk mengambil tahu tentang sejarah Kota A'Famosa.

A Famosa (Porta de Santiago). Struktur ini adalah salah satu daripada empat pintu utama kubu Portugis yang terkenal. Dibina oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1512, iaitu setahun selepas Portugis menyerang Melaka. Mereka menggunakan bahan-bahan dari runtuhan Istana Melaka, kubu, makam orang Islam, masjid, pelabuhan Melaka dan sebagainya dalam pembinaan kota A Famosa. Portugis hanya mengambil masa satu tahun untuk membina banteng kubu tersebut. A Famosa dibina atas tujuan untuk memagari serangan daripada Sultan Mahmud, iaitu dari Empayar Kesultanan Melaka dan serangan berterusan daripada kerajaan Acheh serta Johor.

Secara umumnya, kota A Famosa ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana ia mula dibina hingga ia dirobohkan. Terbukti bahawa kota A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina sekukuhnya dimana hasil tinggalan bangunan bersejarah dan monumen yang boleh kita lihat masih berdiri utuh dan menjadi daya tarikan pelancong luar untuk datang melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahan kota A Famosa ini. Namun, sayangnya pembinaan kota A Famosa yang teguh ini oleh bangsa Melayu terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan harga diri yang tidak dapat diganti seumur hidup hingga ke hari ini.            Ringkasannya, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada sekarang hasil daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang telah berjuang bermatian demi mempertahankan tanah air tercinta ini. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa menyematkan semangat patriotisma dalam diri agar kita tidak lupa asal usul bangsa dan negara kita. Akhir kata daripada saya, bersamalah kita memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan monumen sejarah untuk peringatan generasi akan datang.



4 comments: