Melaka, sebuah negeri yang kaya dengan kesan-kesan sejarah tanah air yang penting, malah negeri ini juga pernah menjadi pusat sebuah empayar yang luas pada abad ke-15. Salah sebuah kesan sejarah yang terkenal ialah Kota A Famosa yang kini hanya tinggal pintu kotanya sahaja, iaitu di kaki Bukit St. Paul yang lebih dikenali sebagai Porta de Santiago. Menurut Mohd Yusuff Hashim (2005) “kewujudan Melaka sebagai suatu entiti politik dan kerajaan memberi pengertian sejarah yang cukup besar dan bermakna dalam persejarahan Malaysia. Malah ada sarjana di pelbagai peringkat institusi pendidikan negara yang kerap menyarankan bahawa persejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka” (m.s 3). Pada tahun 1509, Portugis telah menghantar orangnya, iaitu Diago De Square ke Melaka sebagai pedagang. Disamping berdagang, beliau mengawasi setiap perkembangan yang berlaku di Melaka. Kerana kesilapannya, Diago De Square dan orang-orangnya, telah ditawan dan dipenjarakan oleh Sultan Melaka. “Pada 25 November 1510, .AlFonso De Albuquerque telah menawan Goa di India dan dari sinilah beliau telah merancang untuk menyerang Negara Islam di sebelah timur, iaitu Melaka” (IesNordin Hj Malan, 1997, 31). Selain daripada menguasai perdagangan yang diperdagangkan di Eropah, beliau juga menakluk serta menyebarkan agama Kristian. Pada 24 Ogos 1511, tentera-tentera Portugis di bawah pimpinan AlFonso De Albuquerque telah menumpaskan pahlawan-pahlawan Melaka di dalam satu peperangan yang sengit dalam masa satu bulan. Mulai dari detik itu, lenyaplah keagungan dan kemegahan Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang tinggal hanyalah tercatat di dalam kenangan sejarah sahaja. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis. A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Selain itu, A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia. Kota A Famosa mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan. Pembinaan kota A Famosa ini dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque, boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu. Kota A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Malahan, penjajah Portugis turut menjadikan kota A Famosa sebagai satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
Melalui pemerhatian,kami dapat mengamati sesuatu yang terdapat di lokasi kajian iaitu A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka yang dapat dikenal pasti dengan lebih lanjut. Peranan kami sekumpulan adalah sebagai pemerhati terhadap perubahan sejarah yang telah lama ditinggalkan berabad-abad lagi serta melihat tingkah laku subjek sama ada jauh mahupun dekat. Kami sekumpulan menggunakan kaedah pemerhatian yang memudahkan kami untuk mencari maklumat. Pemerhatian adalah salah satu kaedah yang perlukan pemerhatian, mencatat dan merekod sesuatu kajian yang dikaji. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam pelbagai bidang yang menjalankan kajian. Sebelum membuat pemerhatian kami perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan, dilakukan dengan sistematik, mempunyai fokus dan perlu dicatatkan dengan baik. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah dan bermunasabah.
No comments:
Post a Comment