Thursday, 17 September 2015

BAB 3. KERUNTUHAN KOTA A'FAMOSA





Seharusnya benteng ini dulu megah sekali, tapi yang sekarang tiada sisa-sisa kemegahannya. Padahal dulu benteng ini sangat strategik dan boleh mengawasi seluruh Melaka. Dari benteng inilah lima abad lalu Mayor Kota Melaka menghadang pasukan Pati Unus dan seterusnya menahan gempuran pasukan Aceh, Johor dan Demak. Teknik rancang bangun bangsa Portugis-lah yang lantas menjadi kunci kukuhnya benteng ini.

Berdasarkan peta kuno Melaka, benteng ini berada di tepi muara sungai dan garis pantai Melaka. Walau begitu lokasi benteng ini tidak tersembunyi, terlindungi garis pantai dan muara. Lokasinya sesuai sebagai benteng pengintai kerana terletak di ketinggian, selain itu benteng ini di reka bentuk agar Portugis mudah mengawal area kota sekaligus mengawasi daerah lepas pantai dan selat Melaka. 
Pada beberapa lawatan seterusnya ditemukanlah parit pelindung benteng, serta beberapa pondasi dari bastion – bastion besar yang dulunya menjadi bahagian dari benteng ini. Sama dengan struktur benteng-benteng di Eropah zaman pertengahan yang besar, kukuh dan rumit. Konon benteng ini dibangun dengan cepat karena Alfonso d’Alburqueque ingin segera menyelesaikan benteng ini sebelum adanya penyerbuan dari kesultanan lain ke Melaka.
           Menurut cerita, Alfonso d’Alburqueque kemudian memerintahkan ribuan budak menyelesaikan A Famosa. Sesuai strukturnya ada menara-menara, rumah sakit, gudang amunisi dan gereja. Terbayang betapa besarnya A Famosa di masa lalu. Hanya Benteng A Famosa sekarang hanyalah menyisakan keruntuhan kecil dan area sekitarnya menjadi ruang terbuka untuk orang awam. Benteng ini hanya tinggal tapak dan itulah bahagian dari benteng yang selamat dari kehancuran.
                      Kisah benteng ini memang cukup ironik, Kota A'Famosa ini sudah melindungi Melaka lebih kurang tiga abad sebelum akhirnya Inggris datang dan meratakan benteng ini pada abad ke – 19 melalui Gubernur Jenderal Pahang. Benteng ini tampaknya akan rata dengan tanah sehingga  akhirnya Sir Thomas Stamford Raffles menyelamatkan benteng ini dari kehancuran dengan memerintahkan penghentian penghancuran A Famosa dan menyisakan keruntuhan bangunan yang masih tersisa sampai sekarang.

Namun dari keruntuhan A Famosa ada beberapa cerita yang menarik. Saya menuju bahagian depan, pada pintu gerbang terdapat ornamen yang masih ketara dilihat dengan mata kasar  walaupun sebenarnya ornamen tersebut sudah berssusah payah menahan gempuran zaman yang mengikisnya perlahan.
              Ornamen pertama yang  berada di lengkung pintu gerbang tersebut dibuat oleh Belanda setelah mereka mengambil alih Melaka dari tangan Portugis. Belanda memang pernah menakluk Melaka dengan bantuan dari Kesultanan Johor dan Aceh. Lalu Melaka menjadi tanah kekuasaan kongsi dagang Belanda, kemudian pada 1670 Belanda merenovasi A Famosa memberi ignisia berupa tulisan Anno 1670 pada lengkung pintu gerbang Porta de Santiago.
Lalu dalam Iengkungan itu juga di tengah lengkungan terdapat ornamen topeng, sekilas tampak seperti topeng-topeng Suku Inca. Di atas lengkungan gerbang terdapat ornamen yang dikatakan adalah simbol kongsi dagang Hindia Belanda zaman dahulu.
Beruntung juga Raffles memerintahkan penghancuran benteng ini dihentikan ketika Melaka menjadi koloni Inggris. Beliau ini memang mencintai sejarah dan tak ingin jejak sejarah bangsa Portugis musnah. Setidaknya bahagian dari A Famosa ini, Porta de Santiago yang konon adalah karya arsitektur Eropah pertama di Asia Tenggara masih bisa terselamatkan. Bayangkan jika reruntuhan benteng ini juga dihancurkan maka bangunan yang begitu berharga ini boleh musnah dan tak ada lagi bukti struktur di era awal penaklukkan Portugis di Malaka.

BAB 4. KEUNIKAN DAN CIRI-CIRI KOTA A'FAMOSA

A'Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar A'Famosa, atau secara rasminya kubu Melaka (Fortaleza de Malacca). Pembinaan Kota A'Famosa ini mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut.

Kota A'Famosa ini dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menejalang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Kota A'famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah dan Jalan Istana. Penjajahan Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan lima gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

Kota ini berbentuk hampir 4 segi, mempunyai tembok batu setinggi 3.6 meter setebal 2.4 meter di sekelilingnya. Terdapat 4 pintu masuk ke Kota ini dan pintu utamanya mengarah ke jambatan jungkit yang merengani sungai. Selain daripada itu, kota ini juga mempunyai 8 buah menara tempat kawalan setinggi 18-24 meter dan tebal temboknya 4.5 meter. Pada bahagian bawah tempat ini terdapat tempat kediaman tentera-tentera dan kuda bagi tujuan peperangan.

Terdapat juga lorong-lorong antara tempat-tempat kawalan itu untuk memudahkan pada masa peperangan. Sementara itu di sekeliling tembok kota juga ditempatkan 60 orang sepoi yang lengkap bersenjata. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam kota selepas pukul 6 petang . Pada pukul 8 malam, jambatan jungkit yang merentangi sungai ditarik naik ke atas kota. Sesipa yang berjalan di sekitar kota tanpa membawa jamong atau lampu suluh akan ditahan oleh askar-askar yang berkawal. Begitu juga sesiapa yang tidak menyahut cabaran pengawal akan ditembak.

Tambahan di dalam kota ini juga terdapat beberapa buah bangunan. Salah sebuah bangunan setinggi 36.3 meter dan mempunyai empat tingkat bangunan. Ia digunakan sebagai tempat kediaman dan kawalan keselamatan di sekitar kota. Sebuah bangunan lagi setinggi lima tingkat dan pada tingkat kedua didiami oleh Kapten orang Portugis di Melaka. Pada tingkat ini terdapat kediaman pegawai-pegawai dan simpanan peluru-peluru manakala pada tingkat bawah sekali adalah tempat simpanan barang-barang makanan seperti beras dan lain-lain. Namun kini corak penempatan kota A'Famosa telah pun berubah dari masa ke semasa berikutan pembangunan ekonomi negara.

a. Batu Laterit
Batu Laterit merupakan sejenis batu yang biasanya terdapat di pinggiran pantai dan pulau-pulau di negeri Melaka. Pada zaman pemerintahan Portugis , batu laterit telah digunakan bagi membina kota pertahanan dan gereja milik mereka. Batu ini diperolehi dari Pulau Upeh dan pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Jawa dan Pulau Panjang. Batu ini dipotong secara manual oleh buruh-buruh paksa semasa pemerintahan Portugis.

Senibina bangunan yang menggunakan batu laterit dan masih kekal hingga kini adalah Gereja St. Paul, Pintu Gerbang Santiago (A'Famosa) , Kota St. John dan bangunan Stadthyus. Manakala sebahagian besar rumah besar kedai di Jalan Hang Jebat (Jonker Street) dan Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Street) pada zaman pemerintahan Belanda menggunakan batu jenis ini yang diambil daripada runtuhan bangunan zaman Portugis.

Di samping itu, hasil daripada perbualan lisan yang dijalankan bersama Latifah Abdul Latif  (23 Oktober 2014) menjelaskan bahawa "putih telur ayam telah dicampurkan bersama batu karang laut yang telah dihancurkan untuk mencantumkan batu-batu tersebut dalam proses pembinaan kota A'Famosa. Sumber yang berikut diperolehi daripada hasil bumi tanha Melayu itu sendiri. Tambahan , kependudukan dalam kota A'Famosa hanyalah terdiri daripada orang-orang Portugis sahaja, manakala orang-orang Melayu telah diusir daripada penempatan tersebut bagi melambangkan kemegahan kota A'Famosa".


BAB 5. KESAN DAN USAHA YANG DAPAT DIAMBIL BAGI MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTISME DALAM DIRI

Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini. Antara usahanya lainnya , memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah. Bak kata pepatah Melayu berkata "Melentur buluh , biarlah dari rebungnya". Jika semangat patriotik dapat dipupuk dari kecil , pasti semangat patriotik dapat diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Usaha lain adalah membuat pengubahsuaian dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di institut pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akan memahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.

Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.



KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian terhadap latar belakang Kota A'Famosa, kami mendapati bahawa Kota A'Famosa mempunyai sejarah yang begitu menarik sekali. Sewaktu menjalankan kajian ini, kami telah mempelajari banyak ilmu tentang Kota A'Famosa. Dengan peninggalan Kota A'Famosa ini membuktikan bahawa Melaka pernah di jajah oleh kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British. Kota A'Famosa dimusnahkan oleh pihak Inggeris pada 10 Ogos 1807. Kini, Kota A'Famosa telah menjadi pusat pelancongan dan dapat menggalakkan generasi sekarang untuk mengambil tahu tentang sejarah Kota A'Famosa.

A Famosa (Porta de Santiago). Struktur ini adalah salah satu daripada empat pintu utama kubu Portugis yang terkenal. Dibina oleh Alfonso de Albuquerque pada tahun 1512, iaitu setahun selepas Portugis menyerang Melaka. Mereka menggunakan bahan-bahan dari runtuhan Istana Melaka, kubu, makam orang Islam, masjid, pelabuhan Melaka dan sebagainya dalam pembinaan kota A Famosa. Portugis hanya mengambil masa satu tahun untuk membina banteng kubu tersebut. A Famosa dibina atas tujuan untuk memagari serangan daripada Sultan Mahmud, iaitu dari Empayar Kesultanan Melaka dan serangan berterusan daripada kerajaan Acheh serta Johor.

Secara umumnya, kota A Famosa ini telah memberikan gambaran yang jelas tentang bagaimana ia mula dibina hingga ia dirobohkan. Terbukti bahawa kota A Famosa merupakan sebuah kubu yang dibina sekukuhnya dimana hasil tinggalan bangunan bersejarah dan monumen yang boleh kita lihat masih berdiri utuh dan menjadi daya tarikan pelancong luar untuk datang melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahan kota A Famosa ini. Namun, sayangnya pembinaan kota A Famosa yang teguh ini oleh bangsa Melayu terpaksa dibayar dengan harga kehilangan maruah dan harga diri yang tidak dapat diganti seumur hidup hingga ke hari ini.            Ringkasannya, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang kita ada sekarang hasil daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang telah berjuang bermatian demi mempertahankan tanah air tercinta ini. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa menyematkan semangat patriotisma dalam diri agar kita tidak lupa asal usul bangsa dan negara kita. Akhir kata daripada saya, bersamalah kita memulihara bangunan-bangunan bersejarah dan monumen sejarah untuk peringatan generasi akan datang.



RUJUKAN



LAMPIRAN


KUNJUNGAN KE PINTU GERBANG PORTA DE SANTIAGO




PINTU GERBANG PORTA DE SANTIAGO


PENANDA MENUNUNJUKKAN BAKI PENINGGALAN SEJARAH


PORTA DE SANTIAGO TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI WARISAN KEBANGSAAN 



                                

                                                            
                               PANDANGAN DARI BELAKANG PINTU MASUK PORTA DE SANTIAGO

                            

TERDAPAT PELBAGAI BAHASA BAGI MEMPERMUDAHKAN PELANCONG UNTUK TAHU TENTANG SEJARAH                                                                                             PINTU GERBANG INI



                            
   
  BAHAGIAN TEPI DAN HADAPAN YANG DIGELAR PORTA DE SANTIAGO DIKELILINGI DENGAN MERIAM DI  SETIAP SUDUT

                                                                 

                                         

Tuesday, 15 September 2015


VIDEO TENTANG KOTA A FAMOSA



VIDEO TENTANG KUBU KOTA A FAMOSA